Pages



Mari kita bincang tentang zakat dari prndapatan forex ini kerana ia tergolong dalam zakat saham. Saya setiap kali withdraw tidak kira berapa jumlahnya saya akan bayar. Cara pengiraan saya simple shj contohnya pendapatan trade sehari pada 3/12/2010 saya telah withdraw RM8000 dan di tolak 2.5% untuk zakat. Saya perlu membayar zakat sebanyak RM200. Lagi contohnya saya tidak withdraw selama 2 hari, seminggu, 2 minggu atau sebulan dan seterusnya maka apabila saya withdraw saya akan tetap bayar 2.5% stiap withdraw. Saya membayar zakat ini menerusi www.maybank2u.com.my. Selepas seminggu pihak zakat akan mengirimkan resit pembayaran yang di buat

ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).

* Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
* Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran
* CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000
* RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)
* Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)
* Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian
* CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian
* RM500,000 - RM400,000 = RM100,000
* RM100,000 x 2.5 % = RM2,500

* Maklumat Zakat

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

* Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
* Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.
Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.
Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan

* Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
* Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-
Nama Saham Bil Unit (A)
RM

Harga Terendah (B)
RM
Jumlah (A x B)
RM
ABC 20,000 1.50 30,000
DEF 20,000 0.50 10,000
Jumlah Harga Terendah 40,000

Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000

* Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-

2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )

Contoh:
a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 = RM4,000
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 = RM6,000
Jumlah Zakat RM10,000 x 2.5%
RM250


Zaman sekarang amat mudah kerana pembayar zakat boleh membayar secara online dengan menggunakan online banking

Kalkulator zakat saham anda boleh kunjungi web di bawah untuk pengiraan

http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-saham

3 Responses so far.

  1. forex dan zakat memang tidak bisa dipisahkan karena jika kita mendapatkan profit maka secara teknis kita memperoleh uang sehingga ada kewajiban yang harus kita sampaikan kepada yang berhak, sekarang sayapun berusaha menyisihkan sebagian hasil profit saya dari hasil trading saya di octafx untuk saya sisihkan

  2. artikel yang menarik, bro. menunaikan zakat atas setiap rezeki materi yang memenuhi atas batas hitungan zakat memang sudah menjadi suatu keharusan bagi muslim untuk melaksanakannya. termasuk dari profit yang kita peroleh dari hasil trading yang kita lakukan. saat ini saya melakukan trading dengan memanfaatkan minimal deposit $5 pada akun Micro dari OctaFX. dengan didukung oleh kondisi trading yang bagus memungkinkan bagi saya untuk dapat trading secara optimal.

  3. menurut ane sih broker ACY ini broker yang sangat bagus gan, ane sendiri yang membuktikannya, empat bulan ane bergabung bersama broker ACY ini, tidak menemukan kesulitan pada saat melakukan perdagangan nya dan membantu saya dalam menghasilkan keuntungan terima kasih broker ACY, semoga kedepannya semakin berkembang yah

Post a Comment